Kenaikan Caj Parkir Kuala Lumpur

AMIN_NORDIN_MAYOR_180815_TMISETH_04

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz. Kredit foto: KwikNews

  1. Pada hari Isnin, 18 Julai 2016 DBKL telah mula melaksanakan caj Read more of this post
Advertisements

Teori

Tiba-tiba saya teringat sesuatu yang pensyarah saya pernah sebut tentang teori.

Jangan berpegang kepada teori. Kerana teori juga ada kitarannya. Seperti manusia, kerana manusia yang menciptanya. Ada teori yang masih relevan sehingga kini. Ada yang mati, ada yang ditambahbaik. Malah beribu lagi teori lahir setiap tahun.

Maka saya pun terkadang keliru juga, mengapa kita harus berpegang kepada teori tertentu sebelum memulakan langkah pengajian kedoktoran ini.

Kalau saya diarahkan untuk baca lebih banyak buku, make sense juga, kan? 🙂

Memikir-mikir

Selamat Hari Raya.

Andai ada yang membaca tiap nukilan di laman ini, andai terguris hati kalian atas apa pun yang aku coretkan, aku pohon ampun dan maaf. Pastinya tiadalah niat di hati aku untuk melakukan yang sedemikian.

Kerana ruang ini sebenarnya adalah ruang untuk aku bermonolog sendirian melayan perasaan sendiri. Seolah-olah ini adalah bilik tempat aku bercakap dengan diri sendiri tanpa ada yang peduli. Namun kalian yang menonton dari luar bilik kaca ini adalah penonton yang walaupun aku tidak undang, aku raikan juga kalian bersama.

Akhir-akhir ini banyak betul yang bermain di fikiran.

Aku mahu sambung belajar lagi. Hal-hal semasa yang aku lalui. Isteri yang bakal ke luar negeri. Bermacam hal lagi yang kadang-kadang bikin serabut diri.

Ah, entahlah…mahu diabaikan setiap isu itu pun sebenarnya penting juga. Tetapi kalau dilayan, semak juga kepala. Lalu saja lah Labu…

Eh, Isnin Datang Lagi. Alhamdulillah!

Terkadang kita lupa, bahawa gelaran yang kita pikul kini hanya sementara.

Sedangkan di alam sana, tidak siapa hirau dan ambil peduli.

Malah tidak disebut juga tatkala diiring ke pusara.

Kita bersendirian pun hanya bersama malaikat dan “cemeti”.

Kita lahir tanpa gelaran, pergi pun tak membawa apa.

Apa dimarah sangat bila tidak disebut nama gelaran itu?

“Kepala Bapak Engkau”.

Apa Khabar?

  • Sihat.
  • Sekarang aku mengikuti Kursus Kadet untuk satu jawatan. Masih belum bersedia untuk mendedahkan semua pada awam.
  • Hari-hari yang aku lalui semakin sibuk dengan pelbagai tugasan dan komitmen.
  • Syukur aku panjatkan kepada Allah kerana dikurniakan keluarga, isteri dan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan.
  • Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Seronok

Dalam empat lima tahun ini…banyak momen gembira telah hadir dalam hidup. Termasuklah momen ini. Terima kasih semua..terima kasih Tuhan Allah Azzawajalla.

Malas

Aah…selepas seminggu bercuti, ini hari pertama aku mula bekerja kembali.

Perasaan? Malas yang teramat. Dan bulan ini adalah bulan yang aku nantikan. Setiap hari akan dikira hingga hujung bulan. Semoga ada rezeki untuk aku dan isteri. Moga Tuhan makbulkan.

Juga, aku doakan mereka yang berjuang demi negara di Lahad Datu akan berjaya menghapus semua penceroboh. Yang syahid, moga Allah beri ganjaran setimpal. Amin….