Kenaikan Caj Parkir Kuala Lumpur

AMIN_NORDIN_MAYOR_180815_TMISETH_04

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz. Kredit foto: KwikNews

  1. Pada hari Isnin, 18 Julai 2016 DBKL telah mula melaksanakan caj baru tempat meletakkan kenderaan di beberapa kawasan tumpuan di sekitar Kuala Lumpur. Selain kenaikan caj sehingga 150%, setiap kenderaan juga diberikan had tempoh meletakkan kenderaan selama 2 jam sahaja. (Sumber berita di sini)
  2. Kawasan-kawasan yang paling terkesan adalahsekitar Central Business District (CBD) termasuk Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.
  3. Saya memahami hasrat DBKL menaikkan caj dan meletakkan had tempoh meletak kenderaan ini. Jurang antara permintaan dan bekalan terlalu besar. Jumlah tempat letak kenderaan di bawah tanggungjawab DBKL adalah kira-kira 45,000 sahaja berbanding jumlah kenderaan yang masuk ke Kuala Lumpur setiap hari berjumlah 3.5 juta kenderaan.
  4. Kesesakan trafik tidak menyumbang kepada keselesaan pengguna jalanraya sekitar Kuala Lumpur terutamanya mereka yang berada di kawasan-kawasan CBD. Ia juga menjejaskan produktiviti kawasan tersebut. Dalam skop yang lebih besar, ia tidak memberikan imej pusat bandaraya perniagaan yang kondusif bagi pelabur.
  5. Justeru kita sebagai pengguna perlu bersikap lebih adil kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam menilai isu ini.
  6. Pilihan bagi pengguna ada – pengangkutan awam. LRT, MRT, RapidKL, Teksi, Uber dan sebagainya sudah tersedia ada untuk kita gunakan. Saya turut memahami mengapa kebanyakan pengguna kurang gemar menggunakan pengangkutan awam. Beberapa faktor yang saya boleh sebutkan adalah seperti kekerapan tren yang rendah terutama pada waktu-waktu puncak, akses perkhidmatan awam yang terhad di sekitar Kuala Lumpur dan sekitar bandar-bandar satelitnya, isu tambang dan sebagainya.
  7. Adalah penting untuk DBKL mengambil kira faktor-faktor yang tersebut sebagai sebahagian daripada langkah untuk menyerap tekanan akibat daripada pelaksanaan caj baru tempat letak kenderaan. Ia juga akan menunjukkan bahawa DBKL adalah PBT yang lebih bertanggungjawab dan empati kepada situasi pengguna.
  8. Sebahagian pengguna merungut kerana akan terpaksa menggunakan perkhidmatan awam yang tidak selesa, kurang akses dan mahal. Namun situasi semasa menunjukkan majoriti pengguna bas dan LRT contohnya, adalah terdiri daripada warga negara asing. Sebagai Kerajaan, keperluan untuk menambah baik kemudahan tersebut akan berkurangan kerana ia mungkin tidak akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat tempatan.
  9. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu lebih banyak dan kerap menggunakan perkhidmatan awam supaya kita mempunyai lebih suara untuk mendesak Kerajaan menambah baik perkhidmatan awam.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: