Peugeot Kiki, Apek Tak Sengaja dan Negara

Reaksi masyarakat maya terhadap video kemalangan kecil tersebut amat menyebelahi orang tua (apek) tersebut. Mungkin Kiki fikir dia boleh marah-marah sebab kelilingnya waktu itu Melayu. Walhal masyarakat kebanyakannya sudah melepasi zaman ketaksuban kaum itu. Yang dilihat adalah nilai yang ditunjukkan.

To play victim. Kelihatan menjadi mangsa untuk tarik orang menyebelahi kita.

Kadang-kadang kerajaan memerintah boleh melakukan yang sama. To play victim dan naikkan semangat kenegaraan.

Tapi cakap mungkin senang. :-p

Fesbuk

Dah lama tak update tentang diri. Sekarang dah bergraduasi. Penempatan baru pun amat menggembirakan hati. Memang ini yang aku ingini. Sejak zaman INTAN lagi aku khabarkan pada teman-teman yang aku mahu kerjaya dalam bidang keselamatan dan pertahanan yang bersifat seperti ini. Alhamdulillah.

Selesai satu bab.

Sementara tak berapa sibuk ni, tempoh hari aku menggatalkan tangan untuk tukar nama profail di facebook. Tiada kaitan dengan kerja. Saja suka-suka. Tapi seiring dengan penempatan pekerjaan baru ni, kawan-kawan ingat ia saling berkaitan. Tak apalah. Hehe.

Apapun, selamat berpuasa semua. 🙂