Praktikal

Minggu lepas dapat pemberitahuan penempatan praktikal. Aku akan ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi, JPM.

Yang aku mohon, bidang lain. Yang diberikan, bidang lain. Pun begitu, tidaklah menjadi masalah bagi aku sebab sebagai penjawat awam yang terlatih (nampak?), aku wajib patuh setiap arahan. Sejak zaman kastam lagi dah dilatih untuk terima arahan tanpa bertanya apa-apa. Walaupun hati sedikit terkesan dan kecewa. Perasaan nombor dua, negara nombor satu.

Tak banyak yang aku tau tentang organisasi ni. Namun aku percaya aku akan belajar sesuatu yang baru. Semoga yang baik-baik dianugerahkan untuk aku. Amin.

Advertisements

Kanser

Lepas asar tadi dapat khabar bahawa Pak Ujang (ayah saudara) disahkan kanser paru-paru tahap empat.

Asalnya demam, periksa dengan doktor dan disahkan begitu. Walaupun sebenarnya aku percaya sakitnya sudah lama, sebelum demam itu.

Apapun, aku berkongsi kesedihan keluarga kecil Pak Ujang. Dengan sedikit harapan berbaki, aku mohon agar dipermudahkan segalanya buat mereka.

Amin.

Menyendiri

Kadang-kadang menyendiri itu indah.
Dan lebih menenangkan.
Syukur.

Hari Buroh

Semakin lama aku bergelumang dengan kerja gaji bulanan dalam pelbagai sektor, semakin aku merasa bahawa Hari Buroh adalah lebih bermakna buat Bangla-Bangla dan Indon-Indon yang menjadi kuli kapitalis hamba materialistik. Ini adalah masa untuk mereka bertebaran di kota Kuala Lumpur atau Klang, bersidaian dengan pakaian gaya mereka (senang nak kenal diorang ni) atau yang paling seronok agaknya – melanggan pelacur murahan di lorong-lorong.

Selamat Hari Buruh.

Monolog Tengah Malam

Duduk bersidai sendirian. Sofa, tingkap, setin kola Yahudi dan the view of Petaling Jaya.

Oh ya, telinga disumbat dengan earphone dengan himpunan lagu-lagu rock kapak.

Tenang.

Moga pantas masa berlalu. Agar bisa aku nikmati momen-momen semacam ini bersama teman hati. Setiap malam, mungkin. 🙂