Empat Puloh

Empat puloh hari lagi. Punya mendesak hati ini. Tiap hari berdoa agar cepat masa berlalu setiap hari. Kan molek kalau ada remote control macam The Click. :-p

Advertisements

Positif?

– Bila seseorang memberi pandangan (walaupun kadang2 dianggap sebagai kritik) ia bukan bermakna seseorang itu berfikiran negatif. Ia tanda seseorang itu komited terhadap apa yang beliau sedang lalui. Kalau dia tidak kisah, dia tidak kritik. Biarkan saja, atau kasarnya – pergi jahanam sama itu benda.

– Berfikiran positif pula bukanlah bermakna kita terima saja segalanya. Itu seperti menelan tanpa kunyah. Boleh rosak usus dek kerana payah nak dihadamkan makanan tersebut.

– Aku kategorikan sesetengah orang yang gelarkan mereka sebagai “orang positif” ini sebagai lurus bendul. Tingkat yang lebih atas daripada lurus bendul ini adalah pencacai ultra.

– Anda dalam kategori mana?

Berurusan Dengan Pelbagai Jenis Orang

Antara perkara yang aku belajar di dalam kursus ini adalah kemahiran untuk berurusan (deal) dengan pelbagai jenis orang, sama ada orang atasan atau sahabat-sahabat kita. Tidak ketinggalan para kakitangan sokongan.
Ada yang susah untuk kita berurusan dengannya (to deal with). Keras kepala, sukar terima pendapat orang, mudah cemburu, tiada semangat berpasukan dan sebagainya.
Apapun, bagi aku, sekali lagi, ini adalah ruang belajar yang sangat bagus.
(Thumbs Up).