Tangan Kiri.

Pagi ini saya bersarapan di Taman Andalas, Klang. Singgah sekejap di khemah kecil tepi jalan yang menjual suratkhabar. Taukey-nya berbangsa India sedang makan. Nasi kandar agaknya, penuh kari di tangannya yang menyuap.

“Bro, NST…!” Minta saya separa menjerit, dari dalam kereta.

Lantas dia bangun, capai akhbar dan menghulur dari tingkap kereta.

“Maaf ye, tangan kiri” ujar taukey itu.

Saya terkesan dek frasa itu. Saya ingatkan budaya memberi barang dengan mengutamakan tangan kanan (sebagai tanda hormat) hanya dalam lingkungan Melayu.

Mungkin ini yang benar-benar 1 Malaysia.

Advertisements

Abah & Hospital

Pernah sekali masa saya berumur sekitar 6-7 tahun, Abah bawa saya ke hospital Kluang. Saya demam teruk. Sambil menunggu giliran, saya termuntah. Di khalayak. Abah dukung saya dan bawa pergi. Kami ke klinik swasta kemudiannya.

Hari ini, saya temankan Abah ke hospital. Gilirannya pula. Bezanya, Abah tidak muntah-muntah. Wajahnya tenang cuma sekali-sekala terbias kerisauan.

Ah, hidup ini kitaran. Hanya kita menunggu giliran.
🙂

Semoga baik-baik semua hendaknya. Amin…