Modul Ketenteraan

Hari ini masuk minggu kedua modul ini. Banyak sangat perkara yang saya belajar. Tentang semangat setiakawan, tentang pentingnya kerahsiaan, tentang ketepatan masa, tentang profesionalisma dan bermacam lagi.
Hari ini bermula hari baru bersama TLDM. Saya mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan pantas.
Mahu rehat semahu-mahunya.

Budak Nakal

Sejak kecik lagi memang aku selalu di-chap sebagai budak nakal. Oh aku pun taktau apa beza nakal dan jahat. Sebab segala benda yang dikatakan “nakal” dah aku buat. Termasuk bakar semak belukar dan buat orang sekampung panik.
Aku tak pernah sekelumit pun dianggap budak buku dan skematik. Tak pernah.
Bila aku dapat keputusan sedikit elok dalam peperiksaan, orang kampung kata Lembaga Peperiksaan Malaysia tertukar keputusan aku dengan orang lain.
Waktu itu aku langsung tak terasa hati sebab aku buang pandangan dan sindiran mereka ke laut jauh nun di planet orbit lain yang tidak aku ketahui lokasinya.
Mama Abah mungkin orang yang paling terluka.
Entah apa pula yang mereka rasa kini, apakah aku sudah menjadi anak yang dibanggakan.