Memikir-mikir

Selamat Hari Raya.

Andai ada yang membaca tiap nukilan di laman ini, andai terguris hati kalian atas apa pun yang aku coretkan, aku pohon ampun dan maaf. Pastinya tiadalah niat di hati aku untuk melakukan yang sedemikian.

Kerana ruang ini sebenarnya adalah ruang untuk aku bermonolog sendirian melayan perasaan sendiri. Seolah-olah ini adalah bilik tempat aku bercakap dengan diri sendiri tanpa ada yang peduli. Namun kalian yang menonton dari luar bilik kaca ini adalah penonton yang walaupun aku tidak undang, aku raikan juga kalian bersama.

Akhir-akhir ini banyak betul yang bermain di fikiran.

Aku mahu sambung belajar lagi. Hal-hal semasa yang aku lalui. Isteri yang bakal ke luar negeri. Bermacam hal lagi yang kadang-kadang bikin serabut diri.

Ah, entahlah…mahu diabaikan setiap isu itu pun sebenarnya penting juga. Tetapi kalau dilayan, semak juga kepala. Lalu saja lah Labu…

Advertisements