Hari Malas

Aku tak berbuat apa2 pun hari ni. Lepas sarapan aku sambung tido. Sekarang baru rasa mahu keluar. Mesti mau keluar…kalau tidak, aku rasa macam dracula. Hahaha.

Kejohanan Bowling UiTM

Aku tak punya agenda spesifik hari ini. Tak macam dulu – bila datang Sabtu, aku kena pi kelas. Jadi isilah masa lapang dengan beraktiviti dengan persatuan alumni uitm. Enjoy jugak..hehe.

image

Mengacara Majlis

Ah…penat sepanjang pagi membantu sahabat yang baru memulakan perniagaan. Tidak sesen pun ditawarkan pada aku sebagai balasan. Dan aku jugak tidak mengharapkan apa-apa dari khidmat yang aku sumbangkan. Cuma andai kata dihulur,  sumpah aku takkan tolak. Hahaha.
Apapun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Tidur

Sepanjang hujung minggu ini aku punya jadual padat.

Majlis kahwin pada Sabtu lepas adalah kemuncaknya. Ya, banyak yang aku perhatikan sepanjang majlis itu. Apapun, majlis tersebut meriah. Alhamdulillah syukur. Walaupun hanya dihadiri kenalan rapat sang pengantin dan juga saudara-mara terdekat, ianya berlangsung lancar dan harmoni.

Oh ya, abang DJ yang sama dengan majlis perkahwinan aku Februari lepas juga ada memberi khidmatnya kali ini.

Dia masih ingat aku. Sewaktu dia menjalankan tugas, dia jeling-jeling aku mengajak untuk menyumbang barang selagu dua.

Orang mengantuk disorong bantal, walaupun berkali-kali sudah ku tahankan nafsu menyanyi, akhirnya aku longlai dek godaan Abang DJ.

Dua lagu aku sampaikan. My Way dan Derita Cinta (Jamal Abdillah). Amboi, lagu tersebut macam kena je dengan kisah pengantin. Hehe.

Jadi, apa kaitan tajuk “Tidur” dengan entri ini…?

Entah, yang pasti aku memang melangsaikan hutang tidur pada Ahad. MAcam nak “EL” aje esok ni. Herk!!!

Cinta Manusia Sampai Ke Mana?

Salam Sabtu buat semua. Petang nanti akan berlangsung sebuah majlis perkahwinan. Semoga yang bakal berkahwin itu kekal bahagia sampai ke surga. Amin.
Cuma didalam keghairahan berumahtangga dan memeterai cinta, jangan lupa bahawa kasih pada Tuhan perlu mengatasi segala cinta.
Kerana kasih Tuhan abadi sedang cinta sesama manusia hanyalah sementara.
Sekelip mata,cinta sesama manusia boleh berubah dan berpaling ke orang lain.
Setakat ini,syukur aku bahagia. Cuma cerita-cerita dan pengalaman-pengalaman orang lain yang membuat aku menginsafi hal ini.