Makanan

Apakah dunia berada pada kitaran yang sihat? Di suatu kawasan, makanan berlebihan dan dibuang sehingga 95-115kg setiap tahun. Di suatu kawasan yang lain, orang berdoa merintih-rintih demi sesuap nasi. Malah ada yang meletakkan nyawa sebagai harga sepinggan nasi atau roti.
Selamat pagi.

Advertisements

Lelaki

Sebagai seorang lelaki, aku juga meminati perkara-perkara yang orang lelaki minat. Aku suka bolasepak, motosikal berkuasa tinggi, kereta, pakaian yang segak-segak, politik dan macam-macam lagi.
Namun,merealisasikan semua itu kosnya amat tinggi. Apatah lagi bila kita sudah melabur sedikit dan kemudian sedar bahawa kita ni takdelah minat sangat benda alah itu, memang membazir dan kosnya lebih tinggi. Yelah,kos pembaziran,kan?
Jadinya, aku pun kadang2 takut untuk minat melebih-lebih tentang sesuatu itu. Lebih baik cambah minat memasak. Kalau tak sedap,paling kurang pun boleh jadi baja organik. :-p