Makan Rasuah

“Kau ada duit lagi..?” Soal Abah.
Aku diam sambil minda ligat memikir apa yang buat Abah mengajukan soalan itu.
Minggu ini Abah dan adik perempuan aku, Wani singgah bermalam di rumah aku dek kerana urusan tertentu. Aku dan isteri gembira atas kedatangan mereka.
“InsyaAllah ada lagi..” Jawab aku ringkas.
Abah diam tanpa reaksi.
“Aku selalu risau kau makan rasuah. Kerja kau ni risiko tinggi. Jangan terjebak. Kalau perlu duit,kau bagitau aku. Paham? Tegas Abah.
Aku salam cium tangan Abah sejurus sebelum kereta meluncur menghala pulang ke Johor.

Advertisements

Makanan Korea. Kali Pertama.

Sudah lama aku kepingin mahu mencuba. Hari ini baru berani. Mengikut cadangan sahabat, AB (cadangan dia ini sahaja yang aku lebih percaya.haha), aku dan isteri ke The Sphere Bangsar Selatan. Lebih kurang nama restoran itu adalah Aiso (ejaan ini mungkin khilaf). Aku pesan bulgogi, isteri pula pesan hidangan ikan makerel. Kedua-duanya dihidang bersama semangkuk nasi, ikan bilis, sup miso dan kimchi.
Aku suka bulgogi yang aku pesan. Rasa manis bercampur pelbagai rempah cukup membuatkan aku gembira.
Hidangan ikan makerel pula sedikit kering dan rasanya kurang menangkap selera. Mungkin itu cara orang Korea makan ikan,mungkin.
Elemen lain yang buat aku gembira adalah layanan kakitangan restoran. Sangat welcoming.
Secara keseluruhan,aku amat gembira dan akan kembali lagi bila berkelapangan dan berkeinginan.
Terima kasih buat sahabat yang mencadang.
Selamat malam.

Lega

Lega aku mendengar perkhabaran itu. Walaupun belum tentu ia dalam tangan, ia sudah cukup untuk memberi secebis harapan. Moga dipermudahkan.

Amin.