Kerja

Hari ini hari Selasa. Tiga hari lagi untuk Jumaat dan seterusnya weekend. Haha.

Advertisements

Malam Ini Sunyi

Sepatutnya ramai dan meriah. Mana pergi semua orang di dalam pekan? Orang kampung pun balik kampung agaknya. Haha

Salam Eiduladha

Hari ini seluruh dunia bergema dengan takbir memuji-muji kebesaran Illahi. Betapa besar rahmat yang dikurniakan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menumpahkan ketaatan kepada-Nya. Sebagaimana ujian yang dilalui oleh Nabi Ibrahim dan Ismail.
Di kesempatan ini, aku ucapkan Salam Aidiladha buat semua yang menyinggah disini.

Lamanya Tak Memberi Khabar!

Kebelakangan ini aku terlalu sibuk.

Aku dijemput untuk mengaktifkan kembali satu persatuan.

Lantaran itu sedikit komitmen teralih ke sana.

Aku hargai kepercayaan dan aku akan kongsikan segala apa yang aku tahu.

Ilmu dan kemahiran taklah banyak namun akan aku kongsikan semuanya.

Aku suka buat apa yang aku suka buat.

Selain dari itu, kesibukan aku juga terarah kepada kerja-kerja thesis semester akhir yang aku perlu langsaikan sebelum Disember.

Paling teruk adalah aku perlu membaca untuk memahamkan akademia lain.

Bukan senang.

Pepagi Lagi

Hari ni kesibukan dijanjikan untuk aku. Pagi ini aku ke MAEPS untuk jadi panel hakim debat inovasi MAMPU. Kemudian berkejar ke KL ConveC untuk pembentangan konvensyen inovasi antarabangsa.
Majlis makan malam kemudian akan menyusul. Lewat aku akan sampai rumah.
Huhu~

nota 101

hari ni banyak masa aku habiskan di sekitar kota kapitalis ini. persediaan memang tertumpu pada pembentangan esok. sesekali keluar juga dari bilik latihan untuk hirup kopi panas secawan dua untuk melonggarkan urat belikat yang tegang mengeras.
esok menjanjikan kesibukan yang amat.
aku berserah.

Kagum. Aku Kagum

Kalau tidak, aku tak tau. Kawan aku yang mempromosikan sejarah ini di ruang Whatsapp.

Aku tonton. Aku kagum.

Ada manusia seberani dan secekal ini untuk buat rekod.

Dan aku sudi untuk tempel gambar peristiwa di blog ini.

Khas untu edisi Felix Baumgartner.

Oh ya, ini entri aku yang ke-100. 😉