Kaseh-sayang

Bila kita sudah berjanji untuk hidup bersama seseorang, komitmen harus kepada dia. Apapun sejarah kita pada masa lepas, tutuplah buku itu. Buka buku baru, cerita baru dan pastikan ianya lebih baik.

Masalah timbul bila kau cuba memikirkan kenakalan lampau kau dan merangsang keinginan dan kerinduan pada kenakalan itu. Maka, pastilah pada waktu itu kau akan terjerumus kembali. Pasti.

Senang cerita, jangan nak cari penyakit. Sifir kehidupan yang mudah.

Advertisements

Rezeki

Cuma terfikir tentang rezeki. Lalu aku login ke ruang ini.

Suka aku katakan, urusan rezeki bukan urusan aku. Itu hak dan ketentuan dari Allah, Tuhan yang Maha Kaya. Itu asas kepercayaan. Kalau pada peringkat asas ini pun kita bermasalah untuk terima, maka kita perlu untuk selidik semula iman kita. Selesai peringkat pertama.

Lapis kedua dalam perbincangan ini ialah bagaimana rezeki itu kita perolehi. Harus diingat, rezeki punya harga. Ia harus datang selepas usaha dilakukan. Aku tidak menafikan bahawa dalam sesetengah kes, ada orang memperoleh rezeki secara tiba-tiba tanpa ada usaha, yang mungkin sesetengah orang melihat ianya tidak adil. Takpelah, itu cerita lain. Sebab ianya mungkin nikmat dan tanda kebesaran Allah Azza Wajalla. Atau mungkin ianya suatu tanda peringatan atau ujian. Mungkin. Berbalik kepada kepercayaan asas kita – rezeki itu adalah hak dan ketentuan Allah.

Berbalik kepada konsep usaha dan rezeki. Tuhan dan nabi mengingatkan berkali-kali di dalam Quran dan Hadith bahawa untuk berjaya, kita perlu berusaha. Nasib seseorang itu tidak akan berubah jika dia sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Jadi, kita tidak layak untuk mempersoalkan rezeki seseorang yang lain kerana kita tidak tahu sejauh mana dia berusaha untuk mendapatkan rezekinya itu. Apatah lagi untuk mempunyai perasaan dengki dan khianat. Mempersoalkan rezeki orang lain samalah juga seperti mempersoalkan hak dan kuasa Allah sebagai Tuhan yang menentukan segalanya.

Ada orang mempersoalkan bila aku katakan – bila sudah jadi rezeki kita, ia memang rezeki kita dan bersyukurlah kepada Allah. Aku sudah jawab persoalan itu di dalam perenggan yang pertama.

Sebab, kalau pun sudah terhidang nasi di pinggan untuk kita hadap dan makan, kalau bukan itu rezeki kita kata Tuhan, tidak akan ia mendekati mulut kita pun. Dan kalau pun nasi itu sudah kita suap ke dalam mulut pun, kalau bukan rezeki kita, tak akan ianya mencecah tembolok kita pun. Ini sifir mudah. Sebab itu kita harus jadi hamba yang berserah. Percayalah, Allah adalah segala-galanya dalam kehidupan kita.

Aku melabel diri aku ini liberalis sederhana, namun aku bukan sekularis. Aku masih percaya agama dan manusia saling memerlukan untuk survivalnya. Ya, agama penting untuk survival..! Bagaimana? Aku serah pada korang untuk memikirkannya.

Perak #3

Ucapan aluan Pengarah Pusat ini memang kreatif. Dalam sulam kata,diselit sekali kehebatan diri.
Mungkin ini contoh propagandis terlatih. Mungkin.
Oh,pagi tadi kami berlari. Rupanya masih ada kudrat aku untuk berlari tanpa lelah. Permulaan yang baik. Hehe~

Perak #2

“Ada wakil kan dari Shah Alam”
“Ada,saya pun wakil Shah Alam”
“Ok,ini soalannya untuk Encik tanya nanti.Giliran ketiga ye..”
“Ha?”
“Eh,kenapa?Ada orang lain ke?Encik boleh tak tanya soalan masa rancangan nanti?”
Aku tergumam.
“Bolehlah,takde masalah..”balasku berat.
Dan itulah ceritanya macam mana aku boleh jadi antara tukang tanya soalan untuk rancangan Bicara Rakyat RTM1 sebentar tadi.
Ah,aku sudah terlalu letih.Esok hari akan bermula seawal jam 5.45 pagi.sekarang pun sudah 1.05 pagi. Badan lenguh-lenguh.
Aku tidur dulu.
Selamat malam Perak.

Perak #1

Pelajar-pelajar diugut-rela untuk hadir kursus induksi. Ini semester ketiga aku,masih perlu induksi juga katanya. Takpelah,memandangkan aku mahu graduasi tepat-masa,aku harung jugalah.
Sekarang di R&R Tapah. Tiada sebutir nasi pun aku mahu jamah. Tak terasa.
Cuma aku sempat berbual dengan dua tiga orang pelajar junior dan bersapa mesra dengan yang baru mendaftar tempoh hari.
Tak ramai di dalam bas ini, lebih kurang sepuluh semuanya.
Perjalanan diteruskan.