Ulangkaji

Saat kawan-kawan semua telaah pelajaran demi peperiksaan esok,aku masih bekerja seperti biasa.
Masa amat mencemburui batang tubuh aku. Ok,tubuh sahaja. Hahaha.
Entah apa aku mahu kerjakan atas kertas jawapan esok,aku biarkan esok yang tentukan.
Hasrat aku mahu cuti tapi aku tangguh dulu.Biar tenang semuanya.
Oh ya,kalau lulus semua subjek pengajian aku semester ni,aku akan menghadapi semester akhir pulak nanti.
Tak sabar mau grad.Cuma jalan ke arah itu sedikit perit tatkala bertarung dengan komitmen.

Advertisements

Assignments (2)

  1. Assignment Shuhaimee Group
  2. Assigment Shuhaimee Individual (Ethics)
  3. Assignement Munis (Individual writeup-Somalia)
  4. Assignment Mokhtar (Individual – Narcisism + Presentation)
  5. Assignment Dr Anita ( Systematic review)
  6. Assignment Dr Anita ( Research Proposal)

Assigments

Semester kedua ini sudah sampai hujungnya.

Macam biasa memang banyak kerja. Lebih best lagi masa ni jugaklah perasaan malas tu lagi besar dari hantu raya. Masa ni jugaklah kerja-kerja kat opis melambak datang kat aku. Haha.

Tapi inilah sebahagian dari cabaran. Aku percaya nanti semua cabaran inilah yang akan buat aku lebih tersenyum mengenangkannya. Benda yang susah inilah selalu yang kita ingat. Makanan paling sedap di dunia ini pun jadi mahal sebab kepayahan nak menyediakannya. Malah intan yang cantik itu pun sebenarnya jadi intan hasil dari tekanan selama berjuta tahun di bawah perut bumi sana.

Dan dalam tekanan yang melampau ini jugaklah aku masih sempat berblog!

Cuti Seminggu

Lega sungguh aku dapat cuti seminggu. Lari dari tugas dan kehidupan di perantauan. Lari juga dari politik pejabat yang pelbagai dan menjengkelkan.
Dua tiga hari pertama di rumah orangtua,kemudiannya kami berpakat untuk ke Mersing. Bersenang-senang meluang masa dengan keluarga,aku seronok benar!