Mode Diri Aku Hari ini

Tapi ada tiga tugasan kena dibereskan.

Pegi Bank.

Kedai elektrik di pekan.

Jenguk-jenguk assignment.

Advertisements

Peralihan

Kursus baru tamat. Memang penat. Tiga minggu penuh dengan cerita tekanan, suka, duka, jerih dan perih.
Tapi aku suka. Seronok. Sebab aku semacam lahir semula jadi orang baru. Lagi pula, aku dapat jauhkan diri dari tekanan pejabat dan politiknya.
Setelah aku tamat kursus,dan sebelum aku kembali ke realiti, aku ambil cuti dua hari.
Dalam dua hari ini cita-cita aku memang besar. Aku sebolehnya mahu tumpu pada tugasan-tugasan pengajian yang perlu aku bereskan.
Hal perbankan pun mahu aku uruskan. Mesin basuh di rumah ini pun perlukan perhatian.
Tengoklah,moga Allah permudahkan.

Susah Ke Nak Berkrompomi?

Di lapang sasar, sebuah akademi latihan. Tiga puluh pegawai sedang bersiap untuk pusingan kedua latihan membidik sasaran. Setiap pegawai diberi satu lorong untuk menembak di lapang sasar empat puluh lorong itu. Kedudukan lorong adalah pilihan sendiri. Maka,ada jugalah yang duduk bersebelahan rakan-rakan rapatnya dan ramai yang jenis tidak kisah.
Pusingan satu tadi ramai yang menembak di bawah “par”. Pasti mereka belum panas badan.
Seorang pegawai lelaki, baru sahaja mengambil sekotak “magazine” dari penyelia lapang sasar, terlihat dari jauh, lorongnya sudah diambil orang. Lalu matanya meliar mencari lorong yang kosong. Pandangannya terhenti pada satu lorong kosong yang berjiran dengan pegawai wanita di kiri dan kanannya. Terus beliau ambil tempat dan bersedia untuk pusingan kedua.
Sedang beliau membelek-belek Steyr-nya, datang terkocoh-kocoh seorang pegawai wanita.
“Awak ambil tempat saya. Tolong balik semula tempat awak.” Tegas wanita itu separa menjerit.
Pegawai lelaki itu termangu.
“Tempat saya tadi, orang dah masuk. Kita duduk je la di mana-mana yang ada kosong” Balasnya sopan.
“Itu bukan masalah saya.Saya dah duduk di sini sejak awal kursus..!” Pegawai ini menjegil mata.
“Wah, keras betul biji dia ni..” Getus hati lelaki ini. Wanita ini semacam mencabar kelelakiannya.
“Untuk pusingan ini saje, boleh tak awal ambil mana-mana tempat yang kosong dulu..?” Balas lelaki ini, sedaya-upaya menahan sabar. Sebagai lelaki dia perlu bertindak bijak menangani situasi. Apatah lagi dengan laras Steyr di tangan yang sudah sedia untuk tembakan. Haha.
“Saya tak peduli..! Tolong beralih..!” Tegas wanita itu.
“Kau berdirilah kat situ sampai aku habis” selamba saja lelaki itu membalas sambil membidik sasaran di depannya, menunggu arahan untuk memulakan tembakan.
“Teruk betul perangai…!” Wanita itu membebel sendirian sambil berlalu pergi.
Lantaklah, ada aku kisah?
Susah sangatkah untuk berkrompomi? Kenapa kita sukar untuk berlebih-kurang demi kebaikan bersama? Jangan cakap soal perpaduan di kalangan warga kerja selagi hal yang seperti ini tidak dapat kita selesaikan.
Aku mengeluh sendirian.

Minggu Ke-2

Letih. Sudah masuk minggu kedua aku di Akademi. Slot bersilih ganti; kelas dan aktiviti luar. Juga, tiap masa yang terluang aku isikan dengan komitmen terhadap keluarga dan akademik.
Biar cepat masa berlalu, supaya cepat letih ini ku lalui.
Allahuakbar~