Sikit-sikit Kerajaan. Mereka Bukan Hamba!

Ini entri lama. Tetapi baru pagi ini aku sempat siapkan.

Petang 14 Mac. Seperti biasa aku pasang radio Bernama 24, bakal ke udara – slot “Kerusi Panas”. Topik yang dipilih adalah kewajaran ibubapa dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 atas kecuaian menjaga kanak-kanak di bawah jagaan mereka sehingga mendatangkan kecederaan.
Satu fakta yang dilontarkan timbalan menteri yang dijemput, setakat ini belum ada ibubapa yang dihadapkan ke mahkamah atas kecuaian sehingga menyebabkan kematian atau kemalangan. Rasionalnya, dibimbangi akan menyebabkan rakyat lebih marah kerana mereka percaya tanggungjawab menjaga setiap warganegara adalah terpikul di bahu kerajaan.
Sedih aku dengan mentaliti sebegini.
Benar,aku setuju setiap warganegara adalah hakmilik kerajaan dari sisi perundangan. Tetapi perkaitan itu masih jauh berbanding hak sebagai ibubapa kepada setiap anak yang dilahirkan.
Ah,atau mungkin sebenarnya masyarakat Malaysia ini terlalu egois semuanya sehingga sifat mengakui kesilapan sendiri dan kebertanggungjawaban meresap hilang entah kemana?
Anak ponteng sekolah,salah guru. Anak bergaduh di sekolah pun salah guru. Anak tak pandai belajar pun salah guru. Malah ada laporan berita beberapa ketika dulu, pasangan suami isteri bercerai, pun kata si isteri, salah guru tempat anaknya bersekolah!
Kepala bana apa ini?

Advertisements

Rindu

Bila aku sebut rindukan isteri, orang akan senyum sinis. Kata mereka,”biasalah orang baru kahwin..”
Tidak, bukan itu masalahnya. Bukan “bertenggek” yang jadi sebab.
Cuma aku sunyi. Sebab selepas kedua orangtua, isterilah orang yang benar-benar memahami aku.
Jadi teman bercerita dan bergurau-senda.
Di akademi ini, aku dikelilingi sahabat-sahabat seperjuangan.
Kami bergelak-gelak juga, melawak juga dan masing-masing menjual leluconnya yang tersendiri.
Namun, pasti tak sama dengan isteri kesayangan.
🙂

Ketaksuban.

Manusia yang taksub memang dasyat. Mereka sanggup buat apa saja untuk memperjuang ketaksubannya itu. Peliknya,ada yang taksub hingga obsesinya itu jadi lebih hebat menguasai berbanding agama yang dianutinya itu. Teringin juga aku hendak mengkaji dan mempelajari, tapi psikologi bukan bidang aku.
Pelik, manusia memang ciptaan yang kompleks!

Jumaat, Hari Ditunggu Golongan Pekerja Negara

Aaaah…~
Lega mengetahui hari ini namanya Jumaat.
Aku mahu berhari minggu!

Lama Tak Menulis, Habuk Pun Macam Gunung

(Meniup-niup habuk di permukaan WordPress)
Mana aku pergi hingga tak sempat sungguh menyiar satu dua kata disini? Haha. Nantilah,aku tak punya banyak masa.