Raya

Raya masih sebagai bujang.
Tahun depan harap termakbul sebagai suami.
Tahun ini bershopping untuk diri sendiri dan keluarga.
Tahun depan untuk isteri dan keluarga.
Ramadhan banyak beri pengajaran.
Terima kasih untukmu Tuhanku – Allah Maha Besar.

Advertisements

Ramadhan

Moga tercuci segala noda, semua dosa yang terhimpun sekian banyak.

Moga berdaya untuk anjak dari perilaku khilaf.

Moga Pencipta mengampuni aku.

Moga istiqamah dan kekal dengan perubahan ke arah kebaikan.

Aku malu, dengan himpunan nikmat yang Tuhan berikan, aku masih melakukan dosa dan lalai.

Aku malu, walaupun aku berterusan melakukan khilaf dan lalai, nikmat yang diberi tidak putus anugerahNya.

Ya Allah…berikanlah aku kekuatan untuk kembali menjadi hambaMu yang taat…