Senja Ini

Senja ini aku masih di kantor.

Bersendiri.

Didendang lagu Nak Dara Rindu.

Jarang punya masa sendiri tanpa melakukan apa-apa di pejabat.

Ruang masa kerja sentiasa padat. Penuh dengan tuntutan tugas dan menguruskan politik pejabat.

Oh ya, bicara tentang politik pejabat bisa buat saya migrain.

Saya fikir langsung bukan khilaf bila mahu berpolitik di pejabat.

Yang menjadi silap ialah tatkala politik itu bisa menjatuhkan atau menyekat perjalanan kerjaya orang lain.

Kerna kita bicara tentang rezeki.

Menyekat kerjaya orang bermakna menghalang rezekinya.

Apakah kita lebih hebat dari Tuhan?

…dan jangan cuba menjadi sehebat Tuhan.

Kerna setiap hela nafasmu itu pun bergantung kepada kekuasaan-Nya.

Hindar dosa tanpa sedar.

Jangan sampai roh tak mengenal jasad dek kekejaman kita yang ditutup indah dengan hipokrasi dan berlangsir malaikat.

Sekian buat senja ini.

Advertisements