Tugas Baru, Cabaran Baru

  • Sebagai kakitangan awam, ayah saya selalu berpesan, jangan sekali-kali menolak tugas. Sebab kita sudah berikrar dan berjanji akan patuh segala arahan. Jangan mungkiri janji.
  • Itu adalah limitasinya. Perkara terakhir yang perlu dijadikan sempadan sekiranya kita tidak berminat dengan tugas-tugas dan arahan yang diberikan kepada kita.
  • Tidak dalam kes saya.
  • Saya seronok mendapat arahan bertukar portfolio dua hari lepas.
  • Dari Cawangan Teknologi Maklumat ke Perhubungan Awam.
  • Walaupun latar belakang akademik saya adalah Teknologi Maklumat, minat dan kecenderungan saya adalah bidang perhubungan awam dan politik.
  • Minat ini sudah mula timbul sejak saya menuntut di UiTM. Saya begitu aktif dalam kepimpinan pelajar dan aktiviti perbahasan.
  • Saya percaya lantikan ini adalah keputusan tepat pihak pengurusan kerana saya pasti akan memberi sepenuh komitmen untuk menyumbang dan belajar lebih banyak dalam perhubungan awam dan usaha-usaha menaikkan imej jabatan.
  • Saya yang menurut perintah.

Botak

 

  • Mula bekerja selepas bercuti panjang, ramai yang menyapa.
  • Ramai juga yang bertanya terus.
  • Kenapa? Mengapa? Pulang dari kursuskah?
  • Aku gelak.
  • Aku sendiri pun merasa terperanjat dengan keputusan untuk menipiskan rambut.
  • Pagi itu, tatkala merenung wajah di cermin, aku merasa perlu suatu kesegaran.
  • Bosan menyisir rambut. Jadi secara automatis, otak menyampai cadangan agar dibotakkan sahajalah rambut itu.
  • Sebab itu bila orang tanya kenapa botak, aku tak tahu mahu jawab apa. Haha.
  • Tunggulah nanti bila rambut datang kembali, akan aku sisirnya lagi.