Serangan Peribadi

  • Menepati masa, entri ini ditulis sebagai manifestasi terhadap hiruk-pikuk kempen pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Johor.
  • Bukan sesuatu yang baru, serangan-serangan dihambur kepada pihak-pihak yang bertanding.
  • Si A burukkan si B. Si B juga tidak mahu tewas, diburukkan juga Si A. Akhirnya,seorang calon akan terpilih selepas pengundian. Terpilih ini sebab apa? Sebab tahap keburukannya lebih rendah berbanding yang tewas tadi?
  • Lebih penting lagi, yang memilih dapat apa?
  • Ini suatu bentuk pemilihan wakil yang tidak adil dan keji.
  • Apatah lagi, pada waktu inilah segala bentuk gambar-gambar kontroversi, cerita-cerita lama, hal-hal bawah kain akan dibongkar. Saya tidak sama sekali percaya bahawa ini akan memberikan kemaslahatan kepada ekonomi penduduk setempat, keharmonian sosial masyarakat dan perpaduan.
  • Lebih malang lagi, para pemimpin sebenarnya mendidik rakyat untuk tidak matang dalam memilih pemimpin.
  • Pada pandangan saya, rakyat sepatutnya memilih pemimpin mana yang boleh memberikan khidmat yang baik dan suatu bentuk pembaharuan kepada masyarakat yang hendak dipimpinnya. Bukan sekadar buruk baik lakunya, walaupun akhlak juga merupakan salah satu elemen penting dalam memilih pemimpin.
  • Dukacitanya, hal ini sudah semacam menjadi resam dalam dunia politik dan dunia seluruhnya.
  • Sarah Palin dengan cerita berkemban dan tahap inteleknya, Clinton dengan gundik-gundiknya, cerita punggung, cerita amah, cerita model, cerita itu, cerita ini..
  • Kalau benar pun seseorang pemimpin itu melakukan hal yang dituduh keatas mereka,apakah itu akan menganggu perjalanan tugas mereka andai terpilih sebagai wakil rakyat?
  • Saya katakan tidak, selagi mana dia mampu menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik.
  • Sebagai seorang rakyat, saya hanya mahu seorang pemimpin yang boleh memberi kebaikan kepada saya dan ahli masyarakat yang lainnya.
  • Kerana kalau bercerita bab dosa pahala,saya juga tidak bersih sepenuhnya. Sebab yang terhindar dari dosa hanyalah pesuruh Allah.
  • Dan kalau pun dosa pahala seseorang yang menjadi pertimbangan dalam memilih pemimpin, yang patut dipertimbangkan ialah berapa banyak pahala kifayah yang telah dibuat oleh seseorang calon. Bukan berapa banyak dosa yang telah dikutipnya.
  • Saya amat mengharap agar pemikiran masyarakat dapat diangkat ke satu tahap yang lebih matang apabila terlibat dalam hal-hal politik.

*MZJ*

Tiket, Rosmah, Guru & Sampah

 

  • Kalau mahu tiket ke syurga, pergi ke Tenang cari mana-mana orang berbaju hijau dan mita pada mereka. Dengan syarat, serahkan IC. Hahaha.
  • Banyak sungguh blog dan kumpulan-kumpulan di facebook yang merujuk Rosmah dengan panggilan Bik Mama. Tubuh Rosmah dijadikan bahan ejek. Aku percaya, yang ejek itu pun bukanlah kurus sangat. Mak ayah depa pun bukan kurus sangat, silap-silap, dah ada pakej (kencing manis, darah tinggi, asma, kolestrol tinggi) atau ada yang pernah kena strok. Mungkin depa ni marah kat benda lain tapi takde tempat nak lepas kot..? Yang parti Islam, kata Islam sangat tapi makinya Tuhan sajer yang tahu. Yang “adil” tu pulak, belum ada bukti dah fitnah sana-sini. Kita kadang-kadang asyik sangat mengata orang sampai lupa untuk tengok diri sendiri. Haha.
  • Guru merungut kena kerja hari Sabtu. Hari itu adalah hari untuk aktiviti kokurikulum. Pelajar beraktiviti, siapa yang mahu pantau kalau bukan Guru? Pak Guard? Haha. Inilah jadinya kalau guru sekarang ni “bijak” sangat. Kalau apa-apa terjadi kepada pelajar pada hari Sabtu, siapa mahu jawab? Kalau mahu cuti hari Sabtu, kerja jabatan lain. Atau sebenarnya mereka tak ditawar kerja lain maka profesion cikgu sahajalah yang jadi periuk nasi? Malang ye.
  • Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan masyarakat kita menjadi lebih pembersih. Kita harus bimbang dengan kenyataan Menteri Pelancongan mengenai persepsi pelancong terhadap rakyat Malaysia. Again, it’s all about sikap. Dan teori ini benar, bahawa di mana ada papan tanda “Sila Jaga Kebersihan”, disitu juga akan ada longgokan sampah. Diharapkan pihak PBT dan mana-mana yang berkaitan dapat memastikan papan tanda bukan hanya sekadar papan tanda.

Saya Amat Bimbang..

 

  • Saya amat bimbang sekiranya saya hilang pertimbangan melihat keindahan terlarang di dalam dunia ini.
  • Saya amat bimbang saya mengejarnya dan menikmatinya sedang saya tidak berhak keatasnya.
  • Saya amat bimbang sekiranya dihukum diatas kesilapan itu kerana ia berlaku ketika saya hilang pertimbangan yang sekejap sahaja.
  • Saya amat amat bimbang sekiranya menjadi seperti mereka dan mereka.
  • Pernah suatu waktu saya masih bersekolah rendah, saya dan keluarga yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru, melalui suatu kawasan yang teramat ramai orang sedang sibuk akan sesuatu.
  • Kebanyakan mereka membawa kotak berisi air minuman dalam tin.
  • Semakin kami menghampiri kawasan itu, rupa-rupanya sebuah lori yang membawa minuman dalam tin terbalik. Bertaburan segala isinya. Nasib pemandunya saya kurang pasti.
  • Dan orang ramai yang melalui kawasan itu mengambil kesempatan berpesta mencuri tin-tin air.
  • Abah pesan, jangan sekali-sekali jadi seperti mereka. Ya, orang-ramai ketika itu seperti dirasuk suatu semangat untuk berpesta dengan barangan yang bertaburan dari kemalangan.
  • Bayangkan apa perasaan pemandu tersebut yang mungkin ketika itu tercedera dan tidak mampu melakukan apa-apa.
  • Kemudian, bayangkan pula sekiranya anda di tempat mereka.
  • Baik, saya ubah situasinya.
  • Anda dan keluarga anda yang dalam perjalanan ke lokasi perkelahan, kereta penuh dengan makanan dan sedikit barang-barang berharga, terlibat dalam kemalangan dan mengalami nasib yang sama.
  • Apa perasaan anda?
  • Jadi, hentikan sikap tamak. Hentikan kezaliman. Kerana Tuhan itu Maha Adil.
  • Semoga kita semua dilindungi.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

– Riwayat at-Tabrani

Bunga Telur

 

  • Bila ke majlis perkahwinan, satu hal ini adalah sinonim. Atas meja pengantin, dipanggil bunga pahar. Yang diberi untuk tetamu, digelar bunga telur.
  • Tradisi bunga telur ini telah wujud sejak Tanah Melayu ini digelar Tanah Segara Masin (Rujuk At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah).
  • Kata orang-orang tua, bunga telur ini membawa maksud kesuburan. Kita doakan kesuburan pasangan pengantin agar dapat melahirkan lebih ramai anak.
  • Lebih banyak bunga telur yang disedekah oleh penganjur, diharap dapat lebih ramai anak. Kata merekalah!
  • Malah, ada juga yang berhujah kepada saya mengatakan kecomelan anak juga adalah faktor subset kepada kesuburan tadi. Wow!
  • Kata mereka, kulit telur yang licin diharapkan akan memberi impak kepada anak yang bakal pasangan pengantin lahirkan. Begitu juga warna kulit telur dan putih telur. Supaya anak cerah berseri.
  • Baik, saya terima perlambangan sebegitu.
  • Tetapi, bagaimana pula kalau tetamu disedekahkan dengan telur pindang? Alamak, kahwin Negro kah? Bayi “sun tanning” kah?
  • Beberapa dekad terkini budaya bunga telur sudah diadaptasi dengan perkembangan semasa yang membuat saya semakin keliru dengan permaksudan sesuatu pemberian.
  • Antara yang popular, tuala. Mungkin tuan rumah mahu orang tahu betapa letih pengantin akan bertarung malam itu sehingga peluh berjurai-jurai. Mungkin.
  • Ada juga yang memberi gula-gula. Pada hemat saya mungkin mahu menggambarkan betapa manisnya malam pertama yang akan dilalui oleh pasangan pengantin. Kalau gula-gula KOPIKO? Haha.
  • Sekadar berkongsi apa yang saya fikirkan. 😉

Bila Maju, Orang Takut

 

  • Kadar kesuburan di Singapura merosot ke kadar terendah tahun lalu.
  • Ini bermakna, mereka akan mengalami masalah dalam mencapai populasi yang cukup untuk menggerakkan ekonomi ke tahap yang lebih baik.
  • Bagi menyelesaikan masalah, mereka perlu mengimport tenaga kerja luar.
  • Siapa yang mahu ke Singapura bekerja kalau gajinya tidak benar-benar lumayan, sebabnya, meninggalkan kampung halaman untuk bekerja bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilakukan.
  • Jadi, kos buruh di Singapura akan lebih meningkat. Faktor berkait yang akan terlibat ialah kos saraan hidup. Naik jugalah.
  • Keadaan ini pasti akan lebih menekan. Pekerja, ekonomi, dan sebagainya.
  • Akhirnya dalam sibuk mengejar kestabilan hidup (bukan keselesaan ye), mereka lupa untuk menyambung generasi. Malah ada juga yang menidakkan terus keinginan itu.
  • Tidak terperanjat kalau kita dapat lihat manifestasinya dalam statistik kadar kesuburan yang dikeluarkan CIA. Singapura di tangga ke 223 dari 224 negara!
  • Dalam penyenaraian itu, kita masih perlu bersyukur kerana rakyat Malaysia masih lagi mahu buat anak. Kadar selamat untuk keseluruhan populasi dalam statistik itu ialah 2 kelahiran bagi  setiap wanita sepanjang tempoh dia boleh melahirkan anak.
  • Kita mendapat skor 2.7. Kira bolehlah tu walaupun hanya sekadar paras hidung.
  • Saya bimbang, kalau kita asyik mengejar kepesatan ekonomi dan kekayaan, kita akan hilang “kekayaan” ini. Kekayaan untuk melahirkan anak.
  • Kerana anak-anak adalah generasi penyambung yang akan terus menggerakkan ekonomi. Dengan aman.

Mengaji Satu Aliran, Satu Bahasa, Satu Malaysia

 

  • Warisan pecah dan perintah, antaranya ialah aliran pendidikan yang berbeza-beza.
  • Di ladang-ladang, ada sekolah Tamil. Di pekan-pekan ada sekolah-sekolah Cina. Di kampung-kampung ada pondok-pondok sekolah Melayu.
  • Dulu ada juga sekolah Inggeris untuk anak-anak bangsawan. Bingai macam mana pun, asalkan anak bangsawan, boleh juga masuk belajar.
  • Hari ini, warisan ini masih utuh. Malah diperkuatkan lagi dengan jaminan Perdana Menteri kita untuk mengekalkan sekolah vernakular ini.
  • Anda punya pandangan, dia juga punya perspektif sendiri, mereka juga fikiran dari sisi mereka, dan begitu juga aku.
  • Pemisahan aliran pendidikan inilah yang membuatkan anak-anak kita tidak mengenal antara satu dengan yang lain.
  • Bila Melayu hanya dibesarkan di kalangan Melayu sahaja, mereka mungkin tidak tahu bahawa babi adalah daging yang paling sedap untuk dibuat bekal minum pagi di kantin.
  • Maka mereka akan gagal untuk mengadaptasi dengan anak-anak Cina / India / lain-lain bangsa bila didudukkan di bawahh satu bumbung.
  • Bila Cina hanya dibesarkan di kalangan Cina sahaja, mereka tidak akan pernah belajar bahawa pegang anjing itu haram bagi orang Melayu. Maka mereka akan juga gagal mengadaptasi dengan suasana bila perlu tinggal bersama.
  • Keadaan ini akan terbawa-bawa sehingga mereka hidup bersama sebagai sebuah masyarakat di dalam kawasan kejiranan.
  • Kita rasa kita paling bersih, paling beradab dan baik. Masalahnya, mereka juga rasa begitu.
  • Inilah sakit dan kudis yang kita alami sejak merdeka. Sebab itulah kita bergaduh, berprasangka buruk.
  • 1 Malaysia hanya satu slogan. Kalau mahu hentikan cerita 1969, dan kampung medan, ubah dari akarnya. Mulakan dengan pendidikan.
  • Ya, mungkin kita takkan hadapi seteruk Wilmington Insurrection dan Omaha Race Riot, tapi bukan mustahil, andai kita biarkan mereka terasing dengan yang lain…kerana kepentingan politik kita sendiri.

Kepercayaan

Kau boleh percaya apa yang sudah kau jadikan iman sejak kau keluar dari rahim. Tidak ada sesiapa yang larang. Disini, kau bebas menganut dan percaya apa pun fahaman agama. Sekali lagi, tiada sesiapa melarang.

Tatkala ada sahabat yang terpaksa memecahkan kelapa di jalanraya sehingga banjir jalan-jalan rakyat dengan tempurung-tempurung ibadat, pernah kau dengar  orang merungut? Pernah kau baca surat ditulis kepada dewata-dewata kerajaan memohon agar drama tempurung itu dihentikan? Tidak.

Tatkala engkau menghias rumahmu, rumah ibadatmu, dan iklan Krismas besar-besaran, pernah kau dengar kami merungut kerana tidak tahan dengan pancaran warna merah, warna rasmi agama kamu? Apakah kau pernah mendengar orang marah kerana kau memacakkan pokok Yule, mengagungkan bintang Betlehem dari Nativity? Tidak ada.

Mereka juga tidak pernah marah tatkala kaum kau bergendang seluruh negara dan kau arak singa-singa kau untuk ditarikan kesana-sini menyambut tahun baru. Walau bunyi simbal dan gendang kau berpotensi menggagalkan deria pendengaran kami. Kami masih tidak pernah bising.

Kami azan, kau marah. Kau katakan kami bising. Kau mahukan kami diam. Hey, ini bukan Temasik. Ini bukan New York.

Kami katakan kepada sahabat-sahabat seagama kami, bahawa kami tidak boleh bekerja di premis yang menjual alkohol-alkohol terlarang. Tiba-tiba kau bersuara membantah keras. Apahal kau ini? Menyuarakan sesuatu yang bukan hak kau untuk bersuara. Kau seperti musang yang marahkan ibu ayam yang marah anak-anaknya.

Tidakkah kau malu? Yahudi mana datangnya ibu dan ayahmu?