Lelaki Di Atas Pentas
April 17, 2013 Leave a comment
Lelaki di atas pentas itu
Sudah lama aku kenal
Dia dibesarkan dalam keluarga sederhana
Bapanya guru dan ibunya kerani
Dua adiknya sama nakal dengan lelaki itu, waktu zaman kecil mereka
Lelaki di atas pentas itu
Punya impian besar seluas lautan
Setinggi gunung-gunung sepanjang banjaran
Namun dia lupa untuk mengerti
Bahawa impian tidak jadi realiti
Tanpa usaha setinggi impian itu sendiri
Lelaki di atas pentas itu
Melalui hari-hari mengejar mimpinya
Dan merasai kegagalan-kegagalan dalam usaha
Namun…
Lelaki di atas pentas itu
Ada satu kekuatan dalam diri dan mindanya
Dia tidak pernah menganggap deretan kegagalan adalah halangan
Baginya kegagalan adalah pelajaran
Meningkatkan nafsunya untuk terus mencapai impian
Lelaki di atas pentas itu,
Kini masih diatas pentas
Tersenyum riang
Kerana kebanyakan impiannya sudah dalam genggaman
Impian yang tercapai hasil rangkuman airmata yang pelbagai
Airmata jaya dan kecewa
Lelaki di atas pentas itu
Sekali pun tidak akan lupa
Yang dikecapi hanyalah sebahagian daripada cerita
Ada banyak lagi babak-babak di hadapannya
Yang belum diketahui kesudahannya
Semuanya terpulang kepada…
Lelaki di atas pentas itu.
